Saturday

Cradle Theme Black & Red

This is the first time i got an order for a cradle with black and red theme decoration. I must say the white cradle goes with this theme colour. Funky yet elegant! I love it...
Posted by Picasa

Cradle Theme Colour Pink & Purple

My customer dari Selayang ni asalnya berminat dengan cradle yang berwarna putih untuk majlis akikah puterinya. Tetapi memandangkan kedua-dua buaian putih saya telah ditempah oleh orang lain terpaksalah menggunakan buaian ni. Cantik juga bila cradle04 saya ni dihiaskan dengan tema Pink and Purple. Alhamdulillah she texed me afterwards and said how much she liked her order despite her initial preference.
Posted by Picasa

Cradle Theme Brown n Cream

Warna tema untuk majlis akikah baby boy tidak semestinya terhad kepada biru atau hijau. Apa kata menggunakan warna neutral yang sejuk mata memandang seperti brown dan cream. Ia boleh disesuaikan dengan buaian kayu samada berwarna putih atau brown. Gambar di atas menunjukkan cradle02 yang dihias yang telah dihiaskan untuk Puan Nor dari sungai Buloh. Simple dan sweet!
Posted by Picasa

Thursday

Bunga Telur Bear Brown n Cream

Neutral colours are so pleasant to look at. For a change, lets pick brown and cream for your theme colour. My customer from Sg Buloh is one who dares to be different but has indeed made the right choice.
Posted by Picasa

Bunga Telur Bear Purple

My latest design of Purple Bear doorgift for Pn Suriani...100 pieces with chocolates. At a closer look, the bears are actually wearing flowery skirts. It takes some luck to get these girly bears as supplies are quite minimal. Order them now ASAP!
Posted by Picasa

Friday

Cradle Theme Pink and Cream

Simple dan sweet mungkin menjadi pilihan untuk majlis cukur jambul anak anda. Sebuah cradle yang cukup sesuai dan selesa serta tidak perlu berbelanja mewah bagi memperindahkan suasana kenduri dan membuaikan si kecil semasa majlis berindoi dijalankan.Sila ambil perhatian bahawa buaian-buaian saya semuanya boleh digerakkan ya! Harga sewa untuk unit di atas hanya rm190, tidak termasuk caj delivery (Lokasi saya di Bandar Menjalara Kepong). Terdapat juga buaian-buaian lain sebagai alternatif, sila lihat entry-entry terdahulu.
Posted by Picasa

Bunga Telur Bear Pink dan Purple


Cute nya Bear yang dipadankan dengan warna pink dan purple sebagai doorgift bunga telur. Tempahan ini juga termasuk bunga telur foam yang ditunjukkan dalam entry seterusnya.
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Pink dan Purple

Pink dan Purple sememangnya warna yang sangat sweet sebagai bunga telur foam. Design yang disediakan di sini adalahh botol susu, baby dress, baby pram dan cupcake. Harga sekarang RM3.00, dengan coklat atau telur RM3.50 sahaja.
Posted by Picasa

Tuesday

Bunga Telur Tri-color Pink Purple Green

Customer saya yang menempah bunga telur foam di atas ini memang sukakan sangat design baby pram/stroller. So kesemua bunga telur cukur jambul untul baby girl nya menggunakan design ini. Ok juga gabungan warna ini Pink, Purple dan Green kan?
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Red & Black


Baby Dress Design untuk bunga telur foam juga boleh disediakan mengikut tema warna merah dan hitam..jangan terkejut! Hasilnya sangat elegant dan memang lain dari yang lain. Bulan November ni memang banyak tempahan bunga telur cukur jambul dan bermacam2 warna tema yang baru dan menarik telah saya experimentasi. And I enjoy every minute of it!
Posted by Picasa

Bunga Telur Pink Baby Dress


Sejak memulakan perniagaan ini, beberapa kali terjumpa orang2 lama, especially time sekolah dulu yang secara kebetulan menempah dari saya. Bila deliver barang baru discover kami saling kenal-mengenali. Yea its a really small world! Congrats Intan on the birth of your first baby. Hope you like the baby dresses bunga telur design!
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Purple Milkbottle


Ini adalah favouite design saya, purple + cream milkbottle. Very simple and suitable for any baby events and functions mcm ni untuk majlis cukur jambul pelanggan saya dari Taman Dato' Harun. Siapa kata doorgifts ini hanya untuk cukur jambul sahaja? Baby shower boleh, birthdays pun boleh.
Posted by Picasa

Wednesday

Bunga Telur Bear Red Black

Ada juga majlis cukur jambul yang menggunakan tema red and black untuk mewujudkan kelainan dan gaya moden. Bunga telur bear red and black memang cukup kelasss, samada untuk baby girl atau baby boy, ia benar-benar menarik perhatian. Puan Aiza dari Seremban tentu tidak sabar-sabar untuk menerima delivery saya tidak lama lagi. You will definitely love them!
Posted by Picasa

Thursday

Bunga Telur Bear Pink Theme


Terdapat berbagai design bear yang boleh disesuaikan dengan tema pink, samada bear yang memakai skirt ataupun tidak. Harga tetap sama (rm4.oo satu tanpa telur/coklat). Seperti gambar di atas, hasilnya tetap comel dan sweet! I love making them just as much as you love to own them. Remember, tempah selewat-lewatnya 2 minggu lebih awal supaya anda tidak kecewa jika permintaan tidak dapat dipenuhi dan juga supaya anda berpuas hati dengan kualiti yang dihasilkan.
Posted by Picasa

Bunga Telur Teddy Bear Green Theme


Bunga Telur Teddy Bear juga boleh disesuaikan dengan tema warna hijau jika ini warna yang dipilih untuk kenduri anda. Perlu diberitahu bahawa teddy bear yang akan digunakan bergantung kepada stok, jadi design bear untuk teddy bear anda mungkin tidak sama dengan gambar2 yang ditunjukkan di dalam entry...tetapi guarantee tetap comel dan cute ok!
Posted by Picasa

Tuesday

Bunga Telur Foam Green n Blue

Bulan raya juga tidak kurang hebatnya orang mengadakan kenduri sekali dengan jamuan rumah terbuka. Agak sibuk juga saya menyiapkan bunga telur foam ini sebanyak 120 unit untuk Puan Shella dari Sri Hartamas yang memilih warna hijau dan biru sebagai tema kenduri puteranya. Bentuk-bentuk yang boleh dilihat di atas ialah kapal terbang, kereta, buku, botol susu, bola dan smiley face. Semuanya di atas permintaan beliau. Semoga berjalan lancar kenduri puan nanti ya!

Thursday

Cradle Theme Blue and White

For baby boy, buaian dan design inilah yang menjadi personal favourite saya. Please note buaian ini bukan cot baby yang biasa tu ok. It's a swinging cradle so boleh dibuai ke kiri dan ke kanan. Actually semua buaian sweetnrosy boleh swing. In case tak jumpa harga sewa buaian saya,  di sini saya nyatakan semula harga sewa untuk jenis buaian dengan set tilam bantal dan dekorasi artificial flower:

white cradle02 (mcm pic di atas):   RM190
retro classic cradle03 (mcm pic di bawah): RM200
princess cradle04 (dengan mosquito net):RM240

Additional decorative items seperti platform (rm50) dan backdrop (rm80) juga available.

Charge pengangkutan juga dikenakan so sila beritahu ke destinasi mana buaian perlu dihantar untuk mendapatkan quotation. Maaf jika saya tidak menerima sesetengah tempahan outside KL. So far Shah Alam, Klang, Bukit Beruntung, Puchong, Bangi dan Seremban boleh dipertimbangkan lagi.  

Cradle Theme Peach n Cream

Buaian bertemakan warna peach telah disewakan baru-baru ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Dipadankan dengan warna cream, memang nampak kelasss. Mungkin lebih sesuai daripada sekadar memilih warna putih jika anda inginkan sesuatu yang neutral.  

Bunga Telur Bear - Terbaru

blue and cream
pink and cream
Comel comel comel! Tak kira warna apa yang menjadi tema majlis anda, bunga telur bear pasti menawan hati tetamu anda. Harga terkini ialah RM4.00 setiap satu dan extra charge 50 sen sekiranya mahu chocolate atau telur dimasukkan ke dalam net. Sesuai untuk bermacam2 majlis seperti cukur jambul, hari jadi, pertunangan dan perkahwinan. Jangan lupa, tempah awal-awal supaya dapat disiapkan on time dan memastikan hasil yang memuaskan ok!

Bunga Telur Foam Pink n Purple

baby dress
muffin
butterfly
milk bottle

Sekadar meng-update bentuk terkini bunga telur foam daripada set bunga telur yang telah diorder baru baru ini. Harga sekarang sudah diturunkan kepada RM3 untuk bunga telur dan net  dan tambah 50 sen untuk diisikan telur atau coklat. Bentuk foam sekarang semakin dipelbagaikan dan size juga telah diperbesarkan. Anda dinasihatkan untuk order lebih awal kerana saya memerlukan seminggu untuk menyiapkan setiap 50pcs. (Itupun sekiranya tiada tempahan lain) Ambil perhatian juga bahawa kerja pembuatan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit diterima. Kalau nak DIY, sila tengok demonstration macamana nak buat di entry saya yang mengandungi klip video temuramah Astro Bernama. Kalau takde masa or tak confident, order dari saya sahaja lah! So kepada yang menggemari favors yang comel2 serta lain dari yang lain jangan lepaskan peluang ye!

Monday

Cradle Theme Blue & Green

Warna biru dan hijau menjadi pilihan Pn Ieza dari Seremban sebagai warna tema kenduri cukur jambul putera sulungnya, baby Irfan. This is one of my favourite creations, combination warna ini memang menarik dan sejuk mata memandang. Baby Irfan pun suka dibuaikan dalam cradle ni sehingga tertidur, kata mamanya. Alhamdulillah...

Cradle Theme Purple


Princess cradle04 ini telah dihias mengikut tema purple, khas untuk Pn Faeza dari Cheras sempana majlis cukur jambul puteri pertama Faira. Very pleased to see mama Faira yg happy dengan hasil sentuhan saya. Sorry tak dapat menyediakan backdrop sebab ada function yg lain pada hari yang sama. This month memang banyak kenduri cukur jambul, yelah last jun kan org berkahwin sahaja. So to any of my potential customers, make sure to book early yea!
Posted by Picasa

Wednesday

Bunga Telur Foam Purple Theme

Warna purple sebagai tema kenduri aqiqah adalah sesuai untuk baby boy mahupun baby girl. Doorgifts yang sepadan dengan tema adalah yang terbaik dan lebih menarik lagi jika bunga telur pun se 'cute' dan se 'comel' si kecil. Design dalam foto di atas terdiri daripada bentuk bear, botol susu dan muffin. Harga RM3.00 sahaja sekarang atau RM3.50 jika ingin tambah telur atau coklat.

Saturday

Cradle Pink and Violet Theme

Theme Pink dan Violet memang colour combination yang sangat meriah untuk baby girl, idea customer saya dr Ser Kembangan, Pn Fadilah. Disesuaikan dengan bunga telur dari warna yang sama, majlis kenduri baby anda tentunya menjadi ingatan ramai. So you see, i can do just any colours that you want...well as long as it is nice off course! Tq Pn for the lovely pic.

Cradle Green Theme

 Agak excited juga untuk menampilkan rekaan pertama tema hijau yang dipasangkan pada buaian cradle03 yang telah dipilih oleh customer saya Pn Baytee dari sg Buloh. Warna sebegini  sesuai sangat untuk baby boy. Guna juga bunga tetapi tidak  bercirikan feminin, hanya ala-ala garden konsep.

Tuesday

Aqiqah Red And White Theme

Tema Merah dan putih menjadi pilihan Pn Nora iaitu ibu kepada baby Qistina dari Bukit Beruntung. Biarpun warna tema ini bukanlah sesuatu yang konvensional, tetapi tetap nampak menarik terutamanya apabila dipadankan dengan princess cradle seperti gambar di atas. Simple tetapi sangat elegan!

Monday

Maroon & Pink Theme Aqiqah

Sekali lagi buaian di atas menjadi pilihan kali ini oleh pasangan dari Bangi untuk baby pertama mereka, Seri Lela. Maroon atau warna merah hati digabungkan dengan merah jambu, menghasilkan kombinasi yang sungguh serasi. Buaian ini boleh juga dipasangkan skirting jika mahu tetapi buat masa ini hanya skirt berwarna biru dan pink sahaja yang  available. Tanpa skirt pun ok juga nampak design buaian lebih klasik!