Monday

Bunga Telur Foam Dress Turquoise Blue


 
 Tempahan BTF dress warna biru turquoise ini telah diterima baru-baru ini walaupun Lisa agak sibuk menyiapkan hantaran dan buaian. Jarang kan orang guna this colour untuk cukur jambul baby girl tetapi tidak ada salahnya, asalkan majlis berseri....
Ini adalah klip temuramah oleh Bernama TV tentang Perniagaan Bunga Telur Foam Lisa yang telah disiarkan malam semalam di channel Astro 502. Buat sementara ni Lisa tunjukkan recording pakai handphone je hehe sebab maklumlah excited sangat dapat masuk tv! Baru sahaja berniaga 1 1/2 tahun dah dpt pengiktirafan sebegini..bangga mak bapak & suami, alhamdulillah... Basically you will get to know how i started this business, my problems and a demonstration on how to make one bunga telur foam design. Happy viewing!



Bunga Telur Bear Pink & Blue


Bunga Telur Bear dengan tema pink & Blue ini telah ditempah oleh Pn Sara Iriana sebanyak 100 pcs untuk majlis cukur jambul anak kembar beliau iaitu sepasang boy & girl. Thank you for your order & congratulations on your double bundles of joy! Fooh nasib baik Lisa sempat menyiapkan extra 50 pcs lagi di saat akhir walaupun dalam kesibukan...Cute stok pink bear kali ini...I pun geram!
Posted by Picasa

Friday

My Glamourous Bunga Telur Foam

Hi guys, sorry saya dah lama tak update blog saya walaupun tempahan memang tak berhenti menghujan (alhamdulillah). Antara faktor  yang menyebabkan saya tak letak gambar-gambar terbaru adalah kerana pelanggan menempah design2 buaian dan bunga telur yang telah pun dipaparkan dalam entry blog saya ini. So saya sangat mengalu-alukan permintaan untuk saya mencipta design yang tak pernah lagi saya buat contohnya untuk bunga telur foam requestlah design ikan ke, itik ke, flower basket ke, flower pot ke, bunga orchid ke....lagipun saya mmg sukakan cabaran! Anyway nak cerita, this month nasib saya baik sangat macamana entah dua wartawan menghubungi saya dari Astro & Majalah Senirias untuk buat story about my products especially bunga telur foam (alhamdulillah) so kalau ada sesiapa yang nak buat tempahan sekarang inilah peluang untuk bunga telur tempahan anda masuk tv & majalah  hehehehe... glamer pulak BTF i ni...tak disangka-sangka. My husband also found out ada individu yang dah copy my concept...rasa geram juga...but to take it positively,  sebab org suka lah yang org copy. I'm still proud to be the first and the pioneer not only in this country but also in this world...BTF oh BTF!! But to those yg nak buat bznes BTF I suggest janganla jual terlalu murah nnti jatuh nilai nya. Bila nilai dah jatuh, hilanglah keistimewaan. Not easy to make because you need to be meticulous atau hati-hati. Kalau murah tu...watch out sbb BTF yang anda tempah mungkin comot dan tidak dipotong dengan baik! Nak murah, DIY je tapi memang memakan masa sikitla kalau nak cantik..... Saya akan demonstate dlm tv dan majalah tu nnti cara nak membuat dengan betul...ok!

Memberi Ilmu adalah Suatu Kewajipan