Showing posts with label Bunga Telur Foam. Show all posts
Showing posts with label Bunga Telur Foam. Show all posts

Monday

Ini adalah klip temuramah oleh Bernama TV tentang Perniagaan Bunga Telur Foam Lisa yang telah disiarkan malam semalam di channel Astro 502. Buat sementara ni Lisa tunjukkan recording pakai handphone je hehe sebab maklumlah excited sangat dapat masuk tv! Baru sahaja berniaga 1 1/2 tahun dah dpt pengiktirafan sebegini..bangga mak bapak & suami, alhamdulillah... Basically you will get to know how i started this business, my problems and a demonstration on how to make one bunga telur foam design. Happy viewing!



Friday

My Glamourous Bunga Telur Foam

Hi guys, sorry saya dah lama tak update blog saya walaupun tempahan memang tak berhenti menghujan (alhamdulillah). Antara faktor  yang menyebabkan saya tak letak gambar-gambar terbaru adalah kerana pelanggan menempah design2 buaian dan bunga telur yang telah pun dipaparkan dalam entry blog saya ini. So saya sangat mengalu-alukan permintaan untuk saya mencipta design yang tak pernah lagi saya buat contohnya untuk bunga telur foam requestlah design ikan ke, itik ke, flower basket ke, flower pot ke, bunga orchid ke....lagipun saya mmg sukakan cabaran! Anyway nak cerita, this month nasib saya baik sangat macamana entah dua wartawan menghubungi saya dari Astro & Majalah Senirias untuk buat story about my products especially bunga telur foam (alhamdulillah) so kalau ada sesiapa yang nak buat tempahan sekarang inilah peluang untuk bunga telur tempahan anda masuk tv & majalah  hehehehe... glamer pulak BTF i ni...tak disangka-sangka. My husband also found out ada individu yang dah copy my concept...rasa geram juga...but to take it positively,  sebab org suka lah yang org copy. I'm still proud to be the first and the pioneer not only in this country but also in this world...BTF oh BTF!! But to those yg nak buat bznes BTF I suggest janganla jual terlalu murah nnti jatuh nilai nya. Bila nilai dah jatuh, hilanglah keistimewaan. Not easy to make because you need to be meticulous atau hati-hati. Kalau murah tu...watch out sbb BTF yang anda tempah mungkin comot dan tidak dipotong dengan baik! Nak murah, DIY je tapi memang memakan masa sikitla kalau nak cantik..... Saya akan demonstate dlm tv dan majalah tu nnti cara nak membuat dengan betul...ok!

Memberi Ilmu adalah Suatu Kewajipan


Bunga Telur Foam Pink dan Purple

Pink dan Purple sememangnya warna yang sangat sweet sebagai bunga telur foam. Design yang disediakan di sini adalahh botol susu, baby dress, baby pram dan cupcake. Harga sekarang RM3.00, dengan coklat atau telur RM3.50 sahaja.
Posted by Picasa

Tuesday

Bunga Telur Tri-color Pink Purple Green

Customer saya yang menempah bunga telur foam di atas ini memang sukakan sangat design baby pram/stroller. So kesemua bunga telur cukur jambul untul baby girl nya menggunakan design ini. Ok juga gabungan warna ini Pink, Purple dan Green kan?
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Red & Black


Baby Dress Design untuk bunga telur foam juga boleh disediakan mengikut tema warna merah dan hitam..jangan terkejut! Hasilnya sangat elegant dan memang lain dari yang lain. Bulan November ni memang banyak tempahan bunga telur cukur jambul dan bermacam2 warna tema yang baru dan menarik telah saya experimentasi. And I enjoy every minute of it!
Posted by Picasa

Bunga Telur Pink Baby Dress


Sejak memulakan perniagaan ini, beberapa kali terjumpa orang2 lama, especially time sekolah dulu yang secara kebetulan menempah dari saya. Bila deliver barang baru discover kami saling kenal-mengenali. Yea its a really small world! Congrats Intan on the birth of your first baby. Hope you like the baby dresses bunga telur design!
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Purple Milkbottle


Ini adalah favouite design saya, purple + cream milkbottle. Very simple and suitable for any baby events and functions mcm ni untuk majlis cukur jambul pelanggan saya dari Taman Dato' Harun. Siapa kata doorgifts ini hanya untuk cukur jambul sahaja? Baby shower boleh, birthdays pun boleh.
Posted by Picasa

Bunga Telur Foam Green n Blue

Bulan raya juga tidak kurang hebatnya orang mengadakan kenduri sekali dengan jamuan rumah terbuka. Agak sibuk juga saya menyiapkan bunga telur foam ini sebanyak 120 unit untuk Puan Shella dari Sri Hartamas yang memilih warna hijau dan biru sebagai tema kenduri puteranya. Bentuk-bentuk yang boleh dilihat di atas ialah kapal terbang, kereta, buku, botol susu, bola dan smiley face. Semuanya di atas permintaan beliau. Semoga berjalan lancar kenduri puan nanti ya!

Thursday

Bunga Telur Foam Pink n Purple

baby dress
muffin
butterfly
milk bottle

Sekadar meng-update bentuk terkini bunga telur foam daripada set bunga telur yang telah diorder baru baru ini. Harga sekarang sudah diturunkan kepada RM3 untuk bunga telur dan net  dan tambah 50 sen untuk diisikan telur atau coklat. Bentuk foam sekarang semakin dipelbagaikan dan size juga telah diperbesarkan. Anda dinasihatkan untuk order lebih awal kerana saya memerlukan seminggu untuk menyiapkan setiap 50pcs. (Itupun sekiranya tiada tempahan lain) Ambil perhatian juga bahawa kerja pembuatan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit diterima. Kalau nak DIY, sila tengok demonstration macamana nak buat di entry saya yang mengandungi klip video temuramah Astro Bernama. Kalau takde masa or tak confident, order dari saya sahaja lah! So kepada yang menggemari favors yang comel2 serta lain dari yang lain jangan lepaskan peluang ye!

Wednesday

Bunga Telur Foam Purple Theme

Warna purple sebagai tema kenduri aqiqah adalah sesuai untuk baby boy mahupun baby girl. Doorgifts yang sepadan dengan tema adalah yang terbaik dan lebih menarik lagi jika bunga telur pun se 'cute' dan se 'comel' si kecil. Design dalam foto di atas terdiri daripada bentuk bear, botol susu dan muffin. Harga RM3.00 sahaja sekarang atau RM3.50 jika ingin tambah telur atau coklat.

Monday

Design Baru Bunga Telur

Sudah agak lama saya tidak mengupdate design bunga telur, maklumlah sibuk sangat nak menyiapkan tempahan lain. Design terbaru untuk Bunga Telur Cukur Jambul Aqiqah menampilkan bear dan butterfly. Ini adalah sebahagian daripada bunga telur yang ditempah oleh Pn. Ayu dari Taman Tun Dr. Ismail yang bertemakan warna purple atau ungu. Ada lagi design baru yang akan datang pada bulan hadapan insyaallah