Showing posts with label Sewa Buaian. Show all posts
Showing posts with label Sewa Buaian. Show all posts

Monday

Maroon & Pink Theme Aqiqah

Sekali lagi buaian di atas menjadi pilihan kali ini oleh pasangan dari Bangi untuk baby pertama mereka, Seri Lela. Maroon atau warna merah hati digabungkan dengan merah jambu, menghasilkan kombinasi yang sungguh serasi. Buaian ini boleh juga dipasangkan skirting jika mahu tetapi buat masa ini hanya skirt berwarna biru dan pink sahaja yang  available. Tanpa skirt pun ok juga nampak design buaian lebih klasik!

Pink Theme Aqiqah

Cukur Jambul cucu pertama customer saya last weekend bertemakan warna merah jambu dengan specific request ingin memilih buaian yang boleh diayun lebih. Cradle di atas memang sangat sesuai untuk permintaan sebegini. Rupanya ada sesetengah kumpulan marhaban yang kebiasaannya membuai baby sambil bermarhaban. Check out the strings attached! Ni ramai boleh sama-sama ayun sekali kan? Masa we all testing that day, baby Safiyah happy sangat kena buai sambil ketawa kecil, umur baru je 2 bulan bukan main excited lagi!

Wednesday

Purple Theme Aqiqah (The Making)

Alhamdulillah sepanjang 2010, setiap bulan sweetnrosy menerima tempahan buaian dan bunga telur untuk kenduri Aqiqah. Nampaknya semakin ramai kalangan ibu bapa yang begitu excited untuk meraikan kelahiran anak-anak mereka dengan mencadangkan pelbagai tema sebagai asas hiasan. Baru-baru ini saya cuba menyiapkan buaian dan bunga telur bertemakan warna purple atau lilac untuk baby girl. Belum siap sepenuhnya ni, saja ambil gambar sebab takut terlupa nanti. (kejadian yang selalu berlaku!). Yelah, kita ni pasang peralatan malam-malam di rumah orang..bila dah penat tu terus balik je lupa nak snap photos dulu. Konsep 'sweetnrosy' sebenarnya simple tetapi memuaskan, kerana itu harga kami sangat berpatutan. Backdrop, buaian, aksesori dan platform ni sewa keseluruhan hanyalah RM 280.00 sahaja termasuk caj delivery. Bunga Telur yang anda lihat hanya RM3.40 satu sahaja (termasuk telur). Sila tempah at least 2 minggu awal ok. Lagi cepat lagi bagus takut tarikh anda telah direserve untuk pelanggan lain!

*berbangga kerana berjaya menarik umat Islam mengadakan Kenduri Aqiqah yang merupakan amalan sunat yang amat digalakkan tetapi jarang dilakukan masa kini.