Tuesday

Aqiqah Red And White Theme

Tema Merah dan putih menjadi pilihan Pn Nora iaitu ibu kepada baby Qistina dari Bukit Beruntung. Biarpun warna tema ini bukanlah sesuatu yang konvensional, tetapi tetap nampak menarik terutamanya apabila dipadankan dengan princess cradle seperti gambar di atas. Simple tetapi sangat elegan!

Monday

Maroon & Pink Theme Aqiqah

Sekali lagi buaian di atas menjadi pilihan kali ini oleh pasangan dari Bangi untuk baby pertama mereka, Seri Lela. Maroon atau warna merah hati digabungkan dengan merah jambu, menghasilkan kombinasi yang sungguh serasi. Buaian ini boleh juga dipasangkan skirting jika mahu tetapi buat masa ini hanya skirt berwarna biru dan pink sahaja yang  available. Tanpa skirt pun ok juga nampak design buaian lebih klasik!

Pink Theme Aqiqah

Cukur Jambul cucu pertama customer saya last weekend bertemakan warna merah jambu dengan specific request ingin memilih buaian yang boleh diayun lebih. Cradle di atas memang sangat sesuai untuk permintaan sebegini. Rupanya ada sesetengah kumpulan marhaban yang kebiasaannya membuai baby sambil bermarhaban. Check out the strings attached! Ni ramai boleh sama-sama ayun sekali kan? Masa we all testing that day, baby Safiyah happy sangat kena buai sambil ketawa kecil, umur baru je 2 bulan bukan main excited lagi!

Wednesday

Purple Theme Aqiqah (The Making)

Alhamdulillah sepanjang 2010, setiap bulan sweetnrosy menerima tempahan buaian dan bunga telur untuk kenduri Aqiqah. Nampaknya semakin ramai kalangan ibu bapa yang begitu excited untuk meraikan kelahiran anak-anak mereka dengan mencadangkan pelbagai tema sebagai asas hiasan. Baru-baru ini saya cuba menyiapkan buaian dan bunga telur bertemakan warna purple atau lilac untuk baby girl. Belum siap sepenuhnya ni, saja ambil gambar sebab takut terlupa nanti. (kejadian yang selalu berlaku!). Yelah, kita ni pasang peralatan malam-malam di rumah orang..bila dah penat tu terus balik je lupa nak snap photos dulu. Konsep 'sweetnrosy' sebenarnya simple tetapi memuaskan, kerana itu harga kami sangat berpatutan. Backdrop, buaian, aksesori dan platform ni sewa keseluruhan hanyalah RM 280.00 sahaja termasuk caj delivery. Bunga Telur yang anda lihat hanya RM3.40 satu sahaja (termasuk telur). Sila tempah at least 2 minggu awal ok. Lagi cepat lagi bagus takut tarikh anda telah direserve untuk pelanggan lain!

*berbangga kerana berjaya menarik umat Islam mengadakan Kenduri Aqiqah yang merupakan amalan sunat yang amat digalakkan tetapi jarang dilakukan masa kini.

Friday

PROMO Bunga Telur Soft Teddy

Bunga telur soft teddy ni adalah latest design untuk doorgift cukur jambul dan aqiqah dari sweetnrosy. Harga promo adalah sebanyak RM3.00 (tidak termasuk telur/coklat) dan hanya sehingga akhir Februari sahaja. Harga biasa pula adalah RM5.00. Anda boleh order sekarang walaupun majlis lambat lagi. Warna boleh dipilih mengikut tema dan tambah RM0.10 untuk setiap hiasan tambahan seperti pearls, bunga, reben extra dll. Gambar yang anda lihat di sini adalah design yang paling basic. Tunggu apa lagi, tempah bunga telur anda sekarang!
Posted by Picasa

Monday

Design Baru Bunga Telur

Sudah agak lama saya tidak mengupdate design bunga telur, maklumlah sibuk sangat nak menyiapkan tempahan lain. Design terbaru untuk Bunga Telur Cukur Jambul Aqiqah menampilkan bear dan butterfly. Ini adalah sebahagian daripada bunga telur yang ditempah oleh Pn. Ayu dari Taman Tun Dr. Ismail yang bertemakan warna purple atau ungu. Ada lagi design baru yang akan datang pada bulan hadapan insyaallah

Tuesday

Rocka-By-Baby

I found it very hard to find good cradles nowadays compared to 20 years ago. Setuju? Tentu kenduri cukur jambul dan aqiqah si kecil nampak lebih menyerlah dengan buaian klasik yang dihiasi indah. Yang lebih gembira tentulah Mamanya yang tak habis2 bergambar sepanjang keraian! Nak lebih meriah lagi, gunakan belon-belon helium, dan lebih istimewa bunga telur comel serta door gifts bertemakan baby items.

Bunga hiasan samada plastik  atau segar boleh disediakan. Bagi bunga plastik, anda boleh mendapatkan secara percuma, tetapi bunga segar perlu dikenakan caj dari RM80-RM150 termasuk upah. Flower stand juga boleh ditempah, di mana caj bermula dari RM90.00 setiap satu. Bunga segar biasanya terdiri daripada bunga mawar dan daisies dan campuran bunga lain-lain mengikut availability. Buat masa ini, pakej belum lagi dapat ditawar kerana masih lagi dalam proses perancangan. Just wait and see!