Monday

Sewa Buaian Theme Blue & Purple (Full Package)

Set Lengkap ini merangkumi buaian Cradle02, set tilam bantal dan skirting, backdrop, lampu spotlight dan karpet putih serta bantal-bantal kecil. Harga sewa hanya RM350, caj delivery bergantung pada lokasi penghantaran. Warna available biru, pink, purple, hijau dan cream. Warna lain juga boleh dirunding, sila hubungi Kak Lisa melalui Whatsapp/sms.

Wednesday

Sewa Buaian Cradle02 Pink With Backdrop


Ini design terbaru set up Cradle lengkap dengan Backdrop, carpet dan hiasan bertemakan warna pilihan. harga pakej ini tidak termasuk delivery ialah rm290.00 sahaja.

Bunga Telur Foam Hello Kitty


Terbaru dari SweetnRosy adalah bunbga Telur design Hello Kitty yang memang sangat comel dan menarik buat acara si anak kecil. Hanya rm3.30 sebatang, minimum order 30 unit. 

Tuesday

Bunga Telur Foam For Boys

Bunga Telur Foam berwarna ceria ini sesuai dijadikan doorgifts untuk majlis hari jadi putera anda, pasti menjadi sebutan para tetamu oleh kecomelannya. Hanya rm3 sebatang, minimum order sebanyak 30 unit.

Sewa Buaian Cradle04 dengan Hiasan Bunga Segar


Buaian CradleO4 di atas telah ditempah untuk majlis cukur jambul putera kesayangan Puan Nur dari Kemensah. Menggunakan hiasan Fresh Flowers, Puan Nur memilih warna all white sebagai tema keseluruhan majlisnya.  Simple dan elegan serta tidak perlu berbelanja besar untuk mendapat kepuasan. Harga sewa buaian ini termasuk carpet, kelambu dan hiasan bungaan segar hanya RM300-400.00 sahaja.

Wednesday

Update for Bunga Telur Bear

Cream & Purple Theme (with tq tag)


Peach & Purple Theme



And here are the updates for Bunga Telur Bear pulak.....

Update for Bunga Telur Foam

Pink Blue Green Theme

Pueple & Cream Theme
 (with thank you tag)

Pink, Purple & Cream Theme
Purple & Peach Theme

Red & Green Theme
 More Purple & Cream Theme


Here are some of the updates for my Bunga Telur Foam....sorry for the delay. I know it has been months since I last put up any entry in my aqiah and cukur jambul section, There are some callers wondering if I still make them..YES people I still do, otherwise I would have announced it here. But please avoid last minute orders ok as I am a super bz manager, entrepeneur,wife,mother and daughter! I will so so much appreciate it



Monday

BTF Pink Yellow

For the first time ever spmebody ordered a pink yellow themed bunga telur foam. Sangat cheerful...i loike!

BTF Purple & Pink with Chocs

For Bunga Telur Foam with chocs the price is rm0.50 more, so that makes it rm3.50 each. Pink & purple theme seems so popular lately it seems, kan...

BTF Purple Bottle

100 pcs of Bunga Telur Foam Bottle Shapes ready for collection!

BTF Purple Pink


Just for an update, sorry I dah lama tak upload gambar2 tempahan, sebabnya camera buat hal. Terpaksa guna fon camera je hmm. Ada yang bertanya I masih buat lagi ke bunga telur foam ni..haha yes masih lagi menerima tempahan seperti biasa, walaupun takde sgt design2 baru, busy sgtlah nak fikir heheh. But kalau ada pemintaan dari customer I akan cuba design bentuk2 baru ok

Princess Cradle (Cradle04)

Cradle02

Ini adalah contoh Cradle02 yang telah dihiaskan menggunakan theme berbeza, pink dan brown. Ada sedikit kelainan dari design terdahulu but I still keep it simple and nice.

Thursday

Bunga Telur Foam Blue Milk Bottle


Hiasan majlis Aqiqah bertemakan warna biru boleh disesuaikan lagi dengan pilihan bunga telur foam biru berbentuk botol susu, seperti yang ditempah oleh Puan Azlina dari Desa Jaya Kepong. So simple tetapi tetap comel di mata.
Posted by Picasa

Complete Set Buaian- Blue Theme

Set ini merangkumi buaian, cover, bantal2 dan skirting, deco, backdrop dan platform. Harga package ini RM270 sahaja (belum termasuk caj penghantaran). Hiasan teddy bear boleh juga disediakan atas permintaan.

Sunday

Bunga Telur Foam Purple for Girl and Boy



Another suggestion for anyone planning for cukur jambul kenduri, those who celebrate the ceremony for a boy and a girl at the same time like my customer Pn Farah Diyana, is to combine the theme colour with another colour that represents each gender. Like the pic above, for the boy 50pcs, we match purple with blue in the shapes of airplane and motocar and for the girl also 50pcs, we match purple with pink in the shapes of baby dress and stroller. They really work! There are many other colours to try like orange, yellow, gray and brown that would look good for combination purposes. So it is all up to you my customers! Price is rm3 each only.








Thursday

Majalah Seni Hias - Featuring my Bunga Telur Bear

Sila lihat Majalah Seni Hias mukasurat 84 dan 85 untuk mempelajari cara membuat bunga telur bear yang telah saya sediakan khas untuk keluaran Ogos majalah ini. Sesuai untuk dijadikan bingkisan Rumah Terbuka, bak kata cik pengarang. Terimah kasih Kak Mizi kerana sudi memaparkan produk saya yang tak seberapa ini, harap dapat memberi kebaikan kepada semua pembaca. 

Bunga Telur Foam Pink Purple & Tiffany Blue



200 pcs bunga telur foam telah pun sempat disiapkan dalam masa 10 hari untuk customer saya dari Brunei, Pn Nurul Hayati. Warna yang diminta adalah gabungan Pink, Purple dan Tiffany Blue dalam bentuk botol susu, stroller dan beberapa design baju baby. Yang terbaru baju ballerina tu saya tak pernah feature dlm blog lagi tapi dah pernah buatkan untuk customer terdahulu. Maklumlah  semua saya yang nak kena buat...dari cari material, proses pembuatan ke ambil gambar pun sendiri je sometimes terlupa..ni pun sempat ambil gambar pakai Blackberry je, camera buat hal pula. Anyway, there will be more entries coming on BTF with more new colours and shapes insyaallah!  

Monday

Bunga Telur Bear Polka Dot Pink and Cream Theme


Tidak jemu mata memandang kecomelan bunga telur bear ini yang menggunakan skirt polka dots tona pink yang sangat menyerlah. Terima kasih Pn Hjh Rashimah dari Cheras diatas tempahan anda!

Bunga Telur Foam Tiffany Blue & Purple


Combination menarik warna Tiffany Blue dan Purple tempahan daripada Pn Ayu dari Selayang
Posted by Picasa

Thursday

Bunga Telur Foam Sea World Theme

 

My latest design for Bunga Telur Foam is specially made for Pn Linda who said she wanted a sea world theme for her son's Cukur Jambul function. What you can see here are shapes of a whale, sailboat, angel fish, sea horse, star fish, sea turtle and an octopus. There are plenty more designs but these are just some examples just to get her approval...and she did..here we go 100 customized units for you Linda!
Posted by Picasa

Monday

Bunga Telur Foam Dress Turquoise Blue


 
 Tempahan BTF dress warna biru turquoise ini telah diterima baru-baru ini walaupun Lisa agak sibuk menyiapkan hantaran dan buaian. Jarang kan orang guna this colour untuk cukur jambul baby girl tetapi tidak ada salahnya, asalkan majlis berseri....
Ini adalah klip temuramah oleh Bernama TV tentang Perniagaan Bunga Telur Foam Lisa yang telah disiarkan malam semalam di channel Astro 502. Buat sementara ni Lisa tunjukkan recording pakai handphone je hehe sebab maklumlah excited sangat dapat masuk tv! Baru sahaja berniaga 1 1/2 tahun dah dpt pengiktirafan sebegini..bangga mak bapak & suami, alhamdulillah... Basically you will get to know how i started this business, my problems and a demonstration on how to make one bunga telur foam design. Happy viewing!



Bunga Telur Bear Pink & Blue


Bunga Telur Bear dengan tema pink & Blue ini telah ditempah oleh Pn Sara Iriana sebanyak 100 pcs untuk majlis cukur jambul anak kembar beliau iaitu sepasang boy & girl. Thank you for your order & congratulations on your double bundles of joy! Fooh nasib baik Lisa sempat menyiapkan extra 50 pcs lagi di saat akhir walaupun dalam kesibukan...Cute stok pink bear kali ini...I pun geram!
Posted by Picasa

Friday

My Glamourous Bunga Telur Foam

Hi guys, sorry saya dah lama tak update blog saya walaupun tempahan memang tak berhenti menghujan (alhamdulillah). Antara faktor  yang menyebabkan saya tak letak gambar-gambar terbaru adalah kerana pelanggan menempah design2 buaian dan bunga telur yang telah pun dipaparkan dalam entry blog saya ini. So saya sangat mengalu-alukan permintaan untuk saya mencipta design yang tak pernah lagi saya buat contohnya untuk bunga telur foam requestlah design ikan ke, itik ke, flower basket ke, flower pot ke, bunga orchid ke....lagipun saya mmg sukakan cabaran! Anyway nak cerita, this month nasib saya baik sangat macamana entah dua wartawan menghubungi saya dari Astro & Majalah Senirias untuk buat story about my products especially bunga telur foam (alhamdulillah) so kalau ada sesiapa yang nak buat tempahan sekarang inilah peluang untuk bunga telur tempahan anda masuk tv & majalah  hehehehe... glamer pulak BTF i ni...tak disangka-sangka. My husband also found out ada individu yang dah copy my concept...rasa geram juga...but to take it positively,  sebab org suka lah yang org copy. I'm still proud to be the first and the pioneer not only in this country but also in this world...BTF oh BTF!! But to those yg nak buat bznes BTF I suggest janganla jual terlalu murah nnti jatuh nilai nya. Bila nilai dah jatuh, hilanglah keistimewaan. Not easy to make because you need to be meticulous atau hati-hati. Kalau murah tu...watch out sbb BTF yang anda tempah mungkin comot dan tidak dipotong dengan baik! Nak murah, DIY je tapi memang memakan masa sikitla kalau nak cantik..... Saya akan demonstate dlm tv dan majalah tu nnti cara nak membuat dengan betul...ok!

Memberi Ilmu adalah Suatu Kewajipan


Thursday

I'm Back in Business

Assalammualaikum n hello to all, so good to be back with a fresh restart. It was a long holiday for me, i had a good rest physically and mentally, one which was spent wisely with family and friends activities. At the same time I found myself involving in another project that will be shared with you very soon. It's the first ever project done by a local designer ie mua. Still associated with weddings....so do check out my blog again soon!


Monday

Febr Break

Assalammualaikum dearest followers and readers of my blog, hope you are enjoying or have had an enjoyable holiday this month. Just to announce to you that I am not able to entertain your orders for this month as I am going away for a long break. Yeap after all those hard work, I think I deserve it, don't I? Please do contact me again come March yea. Anyway kalau ada apa2 pertanyaan lain boleh hubungi saya. Have a good day people..adios..

Saturday

Cradle Theme Black & Red

This is the first time i got an order for a cradle with black and red theme decoration. I must say the white cradle goes with this theme colour. Funky yet elegant! I love it...
Posted by Picasa

Cradle Theme Colour Pink & Purple

My customer dari Selayang ni asalnya berminat dengan cradle yang berwarna putih untuk majlis akikah puterinya. Tetapi memandangkan kedua-dua buaian putih saya telah ditempah oleh orang lain terpaksalah menggunakan buaian ni. Cantik juga bila cradle04 saya ni dihiaskan dengan tema Pink and Purple. Alhamdulillah she texed me afterwards and said how much she liked her order despite her initial preference.
Posted by Picasa

Cradle Theme Brown n Cream

Warna tema untuk majlis akikah baby boy tidak semestinya terhad kepada biru atau hijau. Apa kata menggunakan warna neutral yang sejuk mata memandang seperti brown dan cream. Ia boleh disesuaikan dengan buaian kayu samada berwarna putih atau brown. Gambar di atas menunjukkan cradle02 yang dihias yang telah dihiaskan untuk Puan Nor dari sungai Buloh. Simple dan sweet!
Posted by Picasa

Thursday

Bunga Telur Bear Brown n Cream

Neutral colours are so pleasant to look at. For a change, lets pick brown and cream for your theme colour. My customer from Sg Buloh is one who dares to be different but has indeed made the right choice.
Posted by Picasa

Bunga Telur Bear Purple

My latest design of Purple Bear doorgift for Pn Suriani...100 pieces with chocolates. At a closer look, the bears are actually wearing flowery skirts. It takes some luck to get these girly bears as supplies are quite minimal. Order them now ASAP!
Posted by Picasa

Friday

Cradle Theme Pink and Cream

Simple dan sweet mungkin menjadi pilihan untuk majlis cukur jambul anak anda. Sebuah cradle yang cukup sesuai dan selesa serta tidak perlu berbelanja mewah bagi memperindahkan suasana kenduri dan membuaikan si kecil semasa majlis berindoi dijalankan.Sila ambil perhatian bahawa buaian-buaian saya semuanya boleh digerakkan ya! Harga sewa untuk unit di atas hanya rm190, tidak termasuk caj delivery (Lokasi saya di Bandar Menjalara Kepong). Terdapat juga buaian-buaian lain sebagai alternatif, sila lihat entry-entry terdahulu.
Posted by Picasa