Assalammualaikum n hello to all, so good to be back with a fresh restart. It was a long holiday for me, i had a good rest physically and mentally, one which was spent wisely with family and friends activities. At the same time I found myself involving in another project that will be shared with you very soon. It's the first ever project done by a local designer ie mua. Still associated with weddings....so do check out my blog again soon!
Majlis Aqiqah/ Cukur Jambul diserikan lagi dengan dekorasi menarik dan pemberian door gift yang sesuai dengan tema anda. Dengan pelbagai pilihan warna, sungguh mudah menyesuaikan citarasa anda dengan tawaran yang disediakan di sini. Sila email kepada saya ke M_arlisa@yahoo.com atau sms/whatsapp 0146203878 jika ingin membuat tempahan. - Rosie Marlisa
Thursday
Monday
Febr Break
Assalammualaikum dearest followers and readers of my blog, hope you are enjoying or have had an enjoyable holiday this month. Just to announce to you that I am not able to entertain your orders for this month as I am going away for a long break. Yeap after all those hard work, I think I deserve it, don't I? Please do contact me again come March yea. Anyway kalau ada apa2 pertanyaan lain boleh hubungi saya. Have a good day people..adios..
Saturday
Cradle Theme Colour Pink & Purple
My customer dari Selayang ni asalnya berminat dengan cradle yang berwarna putih untuk majlis akikah puterinya. Tetapi memandangkan kedua-dua buaian putih saya telah ditempah oleh orang lain terpaksalah menggunakan buaian ni. Cantik juga bila cradle04 saya ni dihiaskan dengan tema Pink and Purple. Alhamdulillah she texed me afterwards and said how much she liked her order despite her initial preference.
Cradle Theme Brown n Cream
Warna tema untuk majlis akikah baby boy tidak semestinya terhad kepada biru atau hijau. Apa kata menggunakan warna neutral yang sejuk mata memandang seperti brown dan cream. Ia boleh disesuaikan dengan buaian kayu samada berwarna putih atau brown. Gambar di atas menunjukkan cradle02 yang dihias yang telah dihiaskan untuk Puan Nor dari sungai Buloh. Simple dan sweet!
Friday
Cradle Theme Pink and Cream
Simple dan sweet mungkin menjadi pilihan untuk majlis cukur jambul anak anda. Sebuah cradle yang cukup sesuai dan selesa serta tidak perlu berbelanja mewah bagi memperindahkan suasana kenduri dan membuaikan si kecil semasa majlis berindoi dijalankan.Sila ambil perhatian bahawa buaian-buaian saya semuanya boleh digerakkan ya! Harga sewa untuk unit di atas hanya rm190, tidak termasuk caj delivery (Lokasi saya di Bandar Menjalara Kepong). Terdapat juga buaian-buaian lain sebagai alternatif, sila lihat entry-entry terdahulu.
Tuesday
Bunga Telur Foam Red & Black
Baby Dress Design untuk bunga telur foam juga boleh disediakan mengikut tema warna merah dan hitam..jangan terkejut! Hasilnya sangat elegant dan memang lain dari yang lain. Bulan November ni memang banyak tempahan bunga telur cukur jambul dan bermacam2 warna tema yang baru dan menarik telah saya experimentasi. And I enjoy every minute of it!
Bunga Telur Pink Baby Dress
Sejak memulakan perniagaan ini, beberapa kali terjumpa orang2 lama, especially time sekolah dulu yang secara kebetulan menempah dari saya. Bila deliver barang baru discover kami saling kenal-mengenali. Yea its a really small world! Congrats Intan on the birth of your first baby. Hope you like the baby dresses bunga telur design!
Wednesday
Bunga Telur Bear Red Black
Ada juga majlis cukur jambul yang menggunakan tema red and black untuk mewujudkan kelainan dan gaya moden. Bunga telur bear red and black memang cukup kelasss, samada untuk baby girl atau baby boy, ia benar-benar menarik perhatian. Puan Aiza dari Seremban tentu tidak sabar-sabar untuk menerima delivery saya tidak lama lagi. You will definitely love them!
Thursday
Bunga Telur Bear Pink Theme
Terdapat berbagai design bear yang boleh disesuaikan dengan tema pink, samada bear yang memakai skirt ataupun tidak. Harga tetap sama (rm4.oo satu tanpa telur/coklat). Seperti gambar di atas, hasilnya tetap comel dan sweet! I love making them just as much as you love to own them. Remember, tempah selewat-lewatnya 2 minggu lebih awal supaya anda tidak kecewa jika permintaan tidak dapat dipenuhi dan juga supaya anda berpuas hati dengan kualiti yang dihasilkan.
Bunga Telur Teddy Bear Green Theme
Bunga Telur Teddy Bear juga boleh disesuaikan dengan tema warna hijau jika ini warna yang dipilih untuk kenduri anda. Perlu diberitahu bahawa teddy bear yang akan digunakan bergantung kepada stok, jadi design bear untuk teddy bear anda mungkin tidak sama dengan gambar2 yang ditunjukkan di dalam entry...tetapi guarantee tetap comel dan cute ok!
Tuesday
Bunga Telur Foam Green n Blue
Bulan raya juga tidak kurang hebatnya orang mengadakan kenduri sekali dengan jamuan rumah terbuka. Agak sibuk juga saya menyiapkan bunga telur foam ini sebanyak 120 unit untuk Puan Shella dari Sri Hartamas yang memilih warna hijau dan biru sebagai tema kenduri puteranya. Bentuk-bentuk yang boleh dilihat di atas ialah kapal terbang, kereta, buku, botol susu, bola dan smiley face. Semuanya di atas permintaan beliau. Semoga berjalan lancar kenduri puan nanti ya!
Thursday
Cradle Theme Blue and White
For baby boy, buaian dan design inilah yang menjadi personal favourite saya. Please note buaian ini bukan cot baby yang biasa tu ok. It's a swinging cradle so boleh dibuai ke kiri dan ke kanan. Actually semua buaian sweetnrosy boleh swing. In case tak jumpa harga sewa buaian saya, di sini saya nyatakan semula harga sewa untuk jenis buaian dengan set tilam bantal dan dekorasi artificial flower:
white cradle02 (mcm pic di atas): RM190
retro classic cradle03 (mcm pic di bawah): RM200
princess cradle04 (dengan mosquito net):RM240
Additional decorative items seperti platform (rm50) dan backdrop (rm80) juga available.
Charge pengangkutan juga dikenakan so sila beritahu ke destinasi mana buaian perlu dihantar untuk mendapatkan quotation. Maaf jika saya tidak menerima sesetengah tempahan outside KL. So far Shah Alam, Klang, Bukit Beruntung, Puchong, Bangi dan Seremban boleh dipertimbangkan lagi.
Bunga Telur Bear - Terbaru
blue and cream |
pink and cream |
Bunga Telur Foam Pink n Purple
baby dress |
muffin |
butterfly |
milk bottle |
Sekadar meng-update bentuk terkini bunga telur foam daripada set bunga telur yang telah diorder baru baru ini. Harga sekarang sudah diturunkan kepada RM3 untuk bunga telur dan net dan tambah 50 sen untuk diisikan telur atau coklat. Bentuk foam sekarang semakin dipelbagaikan dan size juga telah diperbesarkan. Anda dinasihatkan untuk order lebih awal kerana saya memerlukan seminggu untuk menyiapkan setiap 50pcs. (Itupun sekiranya tiada tempahan lain) Ambil perhatian juga bahawa kerja pembuatan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit diterima. Kalau nak DIY, sila tengok demonstration macamana nak buat di entry saya yang mengandungi klip video temuramah Astro Bernama. Kalau takde masa or tak confident, order dari saya sahaja lah! So kepada yang menggemari favors yang comel2 serta lain dari yang lain jangan lepaskan peluang ye!
Tuesday
Monday
Cradle Theme Blue & Green
Warna biru dan hijau menjadi pilihan Pn Ieza dari Seremban sebagai warna tema kenduri cukur jambul putera sulungnya, baby Irfan. This is one of my favourite creations, combination warna ini memang menarik dan sejuk mata memandang. Baby Irfan pun suka dibuaikan dalam cradle ni sehingga tertidur, kata mamanya. Alhamdulillah...
Cradle Theme Purple
Princess cradle04 ini telah dihias mengikut tema purple, khas untuk Pn Faeza dari Cheras sempana majlis cukur jambul puteri pertama Faira. Very pleased to see mama Faira yg happy dengan hasil sentuhan saya. Sorry tak dapat menyediakan backdrop sebab ada function yg lain pada hari yang sama. This month memang banyak kenduri cukur jambul, yelah last jun kan org berkahwin sahaja. So to any of my potential customers, make sure to book early yea!
Wednesday
Bunga Telur Foam Purple Theme
Warna purple sebagai tema kenduri aqiqah adalah sesuai untuk baby boy mahupun baby girl. Doorgifts yang sepadan dengan tema adalah yang terbaik dan lebih menarik lagi jika bunga telur pun se 'cute' dan se 'comel' si kecil. Design dalam foto di atas terdiri daripada bentuk bear, botol susu dan muffin. Harga RM3.00 sahaja sekarang atau RM3.50 jika ingin tambah telur atau coklat.
Saturday
Cradle Pink and Violet Theme
Theme Pink dan Violet memang colour combination yang sangat meriah untuk baby girl, idea customer saya dr Ser Kembangan, Pn Fadilah. Disesuaikan dengan bunga telur dari warna yang sama, majlis kenduri baby anda tentunya menjadi ingatan ramai. So you see, i can do just any colours that you want...well as long as it is nice off course! Tq Pn for the lovely pic.
Tuesday
Monday
Maroon & Pink Theme Aqiqah
Sekali lagi buaian di atas menjadi pilihan kali ini oleh pasangan dari Bangi untuk baby pertama mereka, Seri Lela. Maroon atau warna merah hati digabungkan dengan merah jambu, menghasilkan kombinasi yang sungguh serasi. Buaian ini boleh juga dipasangkan skirting jika mahu tetapi buat masa ini hanya skirt berwarna biru dan pink sahaja yang available. Tanpa skirt pun ok juga nampak design buaian lebih klasik!
Subscribe to:
Posts (Atom)